Hati sebesar cawan dan hati sebesar kolam

" Aduhai, kenapalah hidup aku selalu dirundung malang begini ? lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yg sebenar. Hatinya tak pernanh sepi dari merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tdk pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tdk mampu mngisi segala masalah yg menghimpit jiwa. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia  melangkah longlai menuju ke hujung kampung.Niat hatinya, ingin menemui s'org lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kpd lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua tersebut sambil tersenyum . Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan  dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"anak muda." lelaki tua itu bersuara. " ambillah cawan ini, isikanlah. air dan masukkanlah garam.'' lelaki itu menurut.." Sekarang kamu minumlah ait tersebut''  

"Apa rasanya?'' tnya lelaki tua itu apabila melihat kerutan dahi lalaki itu.

"Masin !''  lelaki tua itu tersenyum lagi. sekarang kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu.Kemudian kamu hiruplah airnya''

Lelaki itu menunjukkan ke arah kolam.Air dicedok dgn kedua belah tapak tangan dan hirup.
"Apa rasanya. wahai ank muda?'' soal lelaki tua itu.

"Tawar. tdk masin sperti tadi,'' lelaki  muda itu mnjawab sambil mngelap mulut.Anakku, adakah kamu memahami kanapa aku meminta kamu berbuat begitu ? tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng . Lelaki tua itu menepul-nepuk bahu lelaki muda itu.

"Anakku, beginilah perumpamaan bg kita dan masalah . Garam itu umpama masalah .Cawan dan kolam itu umpama hati kita Setiap org mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dgn masalah . tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu,pedihnya hati kita  dan keluh kesahnya kita.''

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tdak akn menganggu kita . Lita masih boleh tersenyum sbb kita akan mngerti masalah bkn hadir  untk mnyusahkan kita . Masalah dianugerahkan  untk kita berfikir, untk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akn memberi hikmah kepada kita  .''

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, akusentiasa membesarkan jiwakupaya aku , supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akn sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan , sehingga aku tdak mampu menanggung diriku sendiri.''

Maka pada petang itu lelaki tersebut pulang dalam senyuman yg terukir dibibir . Dalam hati dia berjanji akn sentiasa membesarkan jiwan dan berlapang dada.

lawat saya yahh   dirikudirini